Warga JPM diingatkan kerja dengan jujur, berintegriti

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya bekerja dengan jujur dan berintegriti berikutan hampir semua dasar negara tertumpu pada jabatan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, JPM perlu menunjukkan contoh yang baik kepada kementerian lain dan rakyat mengenai pelaksanaan dasar kerajaan.

Katanya, kebanyakan dasar kerajaan yang diumumkan berada di bawah punca kuasa JPM termasuk berkaitan dengan ekonomi seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2022, agama dan isu berkaitan Sabah Sarawak.

“Seluruh mata rakyat tertumpu hampir keseluruhannya kepada JPM kerana perkara berkaitan dengan negara dan rakyat terutama isu dasar, adalah di bawah JPM.

“Saya harapkan sokongan dan kerja keras semua pihak di JPM… dari pegawai, pemimpin dan kakitangan keseluruhannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada warga JPM, di Putrajaya, hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427