ALOR SETAR, 17 Mei 2020 (The Capital Post) – “”Walaupun arahan menjatuhkan saya di Kedah datang dari Presiden Bersatu melalui Dato Seri Hamzah, tetapi protagonist sebenar masih adalah orang yang sama dulu iaitu Datuk Seri Najib Razak. Tujuannya tidak lain tidak bukan semata mata untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan pecah amanah 1MBD dan SRC” kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengumumkan perletakan jawatannya sebentar tadi di Wisma Darul Aman.
“Umum juga mengetahui saya mencabar jawatan Presiden yang disandang oleh YAB Tan Sri Muhiyiddin Yassin di dalam pemilihan parti bersatu dan atas prinsip, Tun Mahathir pula telah menfailkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di dewan rakyat tentunya dua tindakan kami inilah penyebab kenapa saya hendak dijatuhkan daripada jawatan menteri besar kedah” tambah Adun Jitra tersebut.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga mengumumkan kejayaan yang telah dicapai sewaktu beliau memimpin Kerajaan negeri bersama exco – exco dari Pakatan Harapan dan berharap agar Kerajaan baharu akan meletakan kepentingan rakyat dalam mengemudi urusan pentadbiran. – The Capital Post