[VIDEO] Menteri dan Timbalan Menteri Pakatan Harapan “Hilang” di Dewan Rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 18 Nov 19 (The Capital Post) – Ketiadaan Menteri dan Timbalan Menteri dari Pakatan Harapan dalam Dewan Rakyat sewaktu sesi angkat sumpah ahli Parlimen baharu Tanjung Piai, YB Datuk Sri Wee Jeck Seng pagi tadi telah mengundang rasa kecewa antara ramai ahli Parlimen pagi tadi.

Ahli Parlimen Dewan Rakyat dari Barisan Nasional mempersoalkan dimana semangat Wakil Rakyat dan sikap keprofesionalan Menteri Pakatan Harapan dalam mengalu-alukan kehadiran rakan sedewan mereka.

“Biarlah pembangkang angkat sumpah, tetapi sebagai wakil rakyat (dan) penjawat awam, mereka seharusnya hadir (dan) bukan (biarkan) kosong. Budaya sebegini tidak pernah ada semenjak kemerdekaan sampai hari ini” ujur satu suara melalui satu kilp video yang merakamkan tempat duduk Menteri dan Timbalan Menteri Pakatan Harapan dalam Parlimen.

Video durasi 1 minit tersebut memaparkan YB Datuk Seri Wee Jeck Seng mengangkat sumpah dan menandatangani surat angkat sumpah. Dalam klip video tersebut hanya beberapa Ahli Parlimen atau “backbenchers” dapat dilihat manakala blok Menteri dan Timbalan Menteri hampir kosong sepenuhnya. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427