Vaksin Johnson & Johnson kurang berkesan melawan varian Delta – Kajian

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW YORK: Suntikan satu dos vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) kurang efektif ‘melawan’ varian Delta kerana menghasilkan tahap antibodi yang rendah, demikian menurut kajian.

Dapatan itu sekali gus menimbulkan persoalan sebaik manakah dos vaksin itu dapat bertahan untuk ‘melawan’ varian yang menular lebih cepat, yang kini menjadi punca majoriti kes jangkitan di Amerika Syarikat (AS).

Kajian makmal, yang disiarkan pelayar pracetak bioRxiv, belum lagi diterbitkan dalam jurnal penelitian pakar dan menumpukan kepada satu bahagian utama tindak balas imun yang dipanggil antibodi peneutralan.

Saintis Universiti New York (NYU) mendapati vaksin J&J menghasilkan sekitar kurang lima kali ganda tahap pelindung antibodi bagi menentang varian Delta, berbanding tahap yang meningkat terhadap strain coronavirus awal.

Varian Delta menyumbang 82 peratus kes penjujukan genetik di AS, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Rochelle Walensky ketika bermesyuarat dalam Dewan Senat semalam.

Meskipun suntikan dua dos vaksin Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA keluaran Pfizer dan Moderna juga menghasilkan antibodi lebih sedikit untuk melawat penularan pantas varian Delta, pengurangannya kurang dramatik, menurut dapatan kajian.

Berbanding dua suntikan vaksin mRNA, satu dos vaksin J&J menunjukkan penurunan lebih ketara dalam meneutralkan titer antibodi terhadap varian dan meningkatkan potensi pengurangan perlindungan, kata beberapa penyelidik dari NYU dalam kajian itu.

Sebagai respon terhadap kajian itu, J&J dalam jawapan balas menerusi e-mel berkata, kajian itu hanya mengkaji satu aspek perlindungan dan tidak mempertimbang tindak balas jangka panjang antara sel-sel imun yang dirangsang oleh vaksin berkenaan.

“Data tidak menunjukkan mengenai sifat perlindungan imun sepenuhnya menerusi suntikan itu,” kata jurucakap J&J, Jake Sargent.

Tambah Sargent, vaksin J&J terbukti menghasilkan tindak balas imun yang kuat yang bertahan sekurang-kurangnya lapan bulan selepas imunisasi. – BLOOMBERG – BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427