Usul undi percaya pada Mahathir tiada makna, kata bekas hakim

Estimate Reading Time: 2 minutes

PETALING JAYA: Bekas hakim, Gopal Sri Ram berkata, cadangan PAS mengemukakan usul undi percaya untuk menyokong Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di Parlimen tidak akan membawa sekarang kesan, tidak kira apa hasilnya.

Beliau berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Mesyuarat Parlimen atau melalui persidangan untuk undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat.

“Terpulang kepada speaker Dewan Rakyat sama ada mahu membenarkan penyelesaian sedemikian,” katanya mengulas hasrat PAS membentangkan usul itu pada bulan depan untuk menyokong kepimpinan Mahathir.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, usul itu bertujuan menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Kita melihat ada keperluan pada masa ini untuk perdana menteri meneruskan kepimpinannya sehingga tamat penggal kerana kemelut tak sudah-sudah yang berlaku mengganggu kestabilan politik dan ekonomi,” katanya.

Sri Ram berkata, walaupun berjaya, usul itu tidak akan memberi sebarang impak dan jika gagal, ia tidak sama dengan usul tidak percaya terhadap Mahathir.

“Ia tidak bermakna Dewan Rakyat tidak yakin pada perdana menteri.”

Persetujuan Pakatan Harapan untuk Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir ialah urusan persendirian dan tiada kaitan dengan Parlimen.

Undi percaya adalah tidak normal dan tidak pernah berlaku dalam sistem Parlimen Westminster.

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim menerusi catatan Facebook berkata, ada kumpulan yang percaya sebuah parti pembangkang boleh membentangkan usul undi percaya untuk memastikan Mahathir kekal di jawatannya.

Tetapi, “proagandis lain” menegaskan Anwar perlu mendapatkan sokongan Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Beliau bersetuju usul undi percaya tidak pernah berlaku di negara lain dan Dewan Rakyat ialah badan perundangan yang dipertanggungjawabkan untuk meluluskan undang-undang diperlukan negara.

Katanya, terpulang kepada parti pemerintah untuk menentukan isu siapa yang menjadi perdana menteri.

“Jika pilihan perdana menteri bukan pilihan popular, maka seseorang boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap PM dan kerajaannya,” katanya sambil menambah jika usul itu berjaya, Parlimen boleh dibubarkan dan mengadakan pilihan raya umum.

Zaid berkata, adalah bodoh dan tidak wajar untuk sesiapa pun berfikir Anwar tidak akan mendapat sokongan Dewan Rakyat apabila beliau menjadi perdana menteri.

Peguam Bastian Pius Vendargon berkata, undi percaya untuk perdana menteri dibentangkan Barisan Nasional pada awal 1976 apabila Hussein Onn menjadi perdana menteri, susulan kematian Abdul Razak Hussein.

“Tindakan luar biasa itu masuk akal untuk kerajaan menunjukkan kepada rakyat yang Hussein mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen untuk menggantikan Razak.”

Bagaimanapun, usul yang dicadangkan PAS lebih kepada tindakan politik berbanding undang-undang dan konvensyen.-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427