United Airlines bakal buang 36,000 pekerja

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW YORK: United Airlines dijangka memberhentikan sehingga 36,000 pekerjanya pada 1 Oktober ini demi kelangsungan operasi syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat (AS) itu yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Syarikat penerbangan itu menegaskan ia perlu mengurangkan kos berikutan penurunan jumlah penumpang.

“Realitinya, United tidak dapat meneruskan pembayaran gaji mengikut tahap gaji semasa selepas 1 Oktober ketika permintaan perjalanan udara terjejas teruk,” menurut memo yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Jumlah yang akan diberhentikan mewakili hampir 38 peratus daripada jumlah pekerja di United Airlines.

Menurut memo itu, syarikat berkenaan tidak menjangkakan perjalanan akan menjadi normal sehinggalah ada rawatan atau vaksin yang tersedia secara meluas bagi mengekang jangkitan COVID-19.

Syarikat itu menyasarkan penamatan 15,100 kakitangan bagi perkhidmatan penerbangan dan 2,250 juruterbang. Kumpulan lain yang terjejas termasuk bahagian katering, operasi lapangan terbang dan operasi teknikal.

Berdepan dengan cabaran penurunan hasil pendapatan yang tinggi, syarikat penerbangan itu antara lain menangguhkan pesanan jet baharu dan menghentikan operasi pesawat lama bagi mengurangkan pengaliran keluar wang.

Sebagai sebahagian daripada program bantuan Cares Act untuk syarikat penerbangan, United Airlines menerima AS$5 juta (RM21.32 juta) dalam bentuk bantuan gaji dan pinjaman.

Bagaimanapun program itu menetapkan syarat bahawa syarikat tidak boleh memberhentikan pekerja sehingga selepas 30 September. – AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427