UiTM FC sedia cipta kejutan lagi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pasukan UiTM FC nyata sudah bersedia untuk terus mencipta kejutan selepas hampir melengkapkan skuad menerusi kemasukan empat pemain import dan lapan pemain tempatan baharu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Presiden UiTM FC, Prof. Dr Azizan Abdullah mengesahkan pengurusan pasukan hampir 100 peratus melengkapkan senarai pemain untuk musim baharu sekali gus optimis skuad ‘The Lion Troops’ itu mampu memberi cabaran yang lebih hebat kepada pasukan lain dalam Liga Super.

Dengan mengekalkan hanya satu import daripada musim lalu iaitu Victor Nirennold dari Perancis, empat muka baharu yang diikat UiTM FC adalah penjaga gol, Dominic Picak dari Croatia ; Abu Bakar Al-Mel dari Lubnan, Nana Poku dari Ghana dan Adam Michel Tull daripada Filipina.

Daripada dua muka baharu terbabit, Abu Bakar dan Adam pernah beraksi dalam Liga M sebelum ini yang menyaksikan Abu Bakar bersama Kelantan dan Adam bersama Pahang.

Lapan pemain tempatan baharu adalah Khairul Asyraf Sahizah dan Alif Najmi (Perak II), Mohd Khairulrizam Che Soh (Kelantan), Dirga Surdi dan Muhd Farid Nezal (PDRM), Muhd Hardee Shamsuri (Pahang), Mohd Fauzi Latiff (Negeri Sembilan) dan Mohd Khairul Izuan (Kelantan United).

“Kepada semua pemain baru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke UiTM FC dan saya memohon kepada anda semua untuk menjadi ahli keluarga UiTM FC yang dapat meningkatkan pencapaian pasukan untuk musim 2021.

“Semangat ‘UiTM FC Di Hatiku’ perlu ditanam di sanubari anda semua sebagaimana yang ditunjukkan oleh pemain lama yang masih setia dan sayangkan UiTM FC.

“Buat pemain lama pula, saya juga amat mengharapkan kemitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan pada musim 2020 dapat diteruskan malah kita perlu tingkatkan bagi mencapai kejayaan yang lebih baik pada musim 2021,” kata Azizan.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Frank Bernhardt itu menamatkan saingan di tangga keenam pada kempen sulung mereka dalam Liga Super musim lalu.

-SH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427