KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Langkawi yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada pukul 6 petang ini.
Belum ada sebarang maklumat berkaitan isu yang akan disuarakan dalam sidang media tersebut namun dijangkakan, bekas Perdana Menteri itu bakal menyentuh penolakan pendaftaran Pejuang.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menerusi surat dikeluarkan pada Rabu memaklumkan menolak pendaftaran parti tersebut.
Selain Pejuang, permohonan Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) turut ditolak RoS.
Perkara itu disahkan salah seorang pengasas MUDA, Mutalib Uthman dalam kumpulan aplikasi WhatsApp bersama media sebentar tadi.
-Astro AWANI