KUCHING- Tujuh keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah yang didiami hangus dalam kebakaran di Kampung Sungai Bedil di sini, petang tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mereka menerima panggilan kecemasan itu kira-kira pukul 3.10 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian.
“Kebakaran telah berjaya dikawal pada 3.50 petang daripada merebak dan bomba masih membuat kerja-kerja pemadaman.
“Kebakaran melibatkan empat buah rumah terbakar 100 peratus dan sebuah rumah terbakar 80 peratus. Kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” kata jurucakap pusat gerakan itu.- BERNAMA