Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia malam tadi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid meninggal dunia, malam tadi, selepas dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 pada 3 Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui hantaran di Facebook beliau, malam tadi.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua Umno Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada dan para solihin. Al-Fatihah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Ketua UMNO Bahagian Kepong itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat COVID-19.

Turut dimasukkan ke ICU adalah isteri beliau iaitu bekas Ketua Auditor Negara, Tan Sri Madinah Mohamed.

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427