Tiga unit kedai di Seremban musnah terbakar

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Tiga unit kedai papan terbiar yang dipercayai menjadi ‘sarang’ menghidu gam, musnah dalam kebakaran di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, kebakaran tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan mangsa, kata Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Mohamad Idris.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 9.59 malam dan api dapat dipadamkan dalam tempoh kira-kira 15 minit.

Katanya, seramai 16 anggota BBP Seremban dan Seremban 2 serta 10 anggota polis dan empat kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membantu operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran membabitkan tiga unit kedai papan dua tingkat dan membabitkan kemusnahan 100 peratus.

“Kami berjaya menyelamatkan enam unit kedai lain bersebelahan. Kebakaran ini yang ketiga di lokasi berkenaan sejak tahun lalu. Punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat,” katanya kepada media, hari ini. -Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427