Tiga teras perjuangan PROFIMA

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) menyasarkan tiga teras perjuangan, iaitu dasar dalam kerjaya, pendidikan perfileman dan memperkukuhkan kebajikan bagi sektor pekerja filem di Malaysia.

Perkembangan teknologi semakin pesat dalam dunia kreatif menuntut PROFIMA memperkasakan usaha berlipat kali ganda dalam memastikan agenda pendidikan dan latihan perfileman diutamakan.

Presiden PROFIMA, Khalil Saleh yakin hanya melalui latihan dan pendidikan komprehensif akan melonjakkan industri perfileman kepada lebih baik, peranan dan kewujudan Akademi PROFIMA akan diperkasakan sepenuhnya, tahun ini.

“Hubungan industri dikalangan ahli akademik di pusat pengajian tinggi akan dieratkan lagi supaya jurang dapat dikurangkan dan tenaga mahir baharu dapat lebih terbiasa dengan penggiat filem sebenar dengan cara kerja dan pengalaman dikongsi bersama.

“Kami menyasarkan 1,000 penggiat filem tanah air menggenggam sijil kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) untuk program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

“Kerjasama terjalin bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), akan dipergiatkan di bawah peranan Akademi PROFIMA,” katanya.

Khalil berkata, PROFIMA ada menyarankan FINAS mewujudkan biasiswa khas bagi penggiat filem untuk menyambung pelajaran dalam peringkat Ijarah Sarjana Doktor Falsafah dalam perbincangan berkaitan input Belanjawan 2025.

Katanya, perkara itu sangat penting kerana industri memerlukan individu diiktiraf sama ada dalam kemahiran ataupun bidang akademik.

Bagi dasar sektor pekerja filem, PROFIMA melihat penekanan terhadap syarat wajib berorganisasi khususnya menjadi ahli badan persatuan amat penting dalam dunia kerjaya kreatif bagi menyelesaikan segala isu dan pembangunan bersama dapat dijana dan dijayakan.

Khalil berkata, PROFIMA akan lebih mendesak agar 2025 caruman PERKESO dan KWSP menjadi syarat wajib dan tiada lagi yang tertinggal kerana keselamatan serta jaminan kerjaya sangat penting seiring dengan perkembangan negara sekarang.

Tidak ketinggalan, katanya, pembikin filem juga mengharapkan ada sinar dan idea baharu untuk memastikan industri terus mekar.

-BeritaHarian
Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427