Tiada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan tiada penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu dibuat susulan situasi semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan belum pulih sepenuhnya.

“Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak terutamanya rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh.

“Tambahan pula, terdapat keperluan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, lebih-lebih lagi dengan pengesanan beberapa kes varian Omicron di Pulau Pinang baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kon Yeow turut menyeru rakyat negeri ini melakukan kawalan kendiri dan kekal berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan demi diri sendiri, keluarga serta komuniti sekeliling.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427