Tiada pendakwaan bagi kes video seks gay, kata peguam negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis menyasarkan seorang menteri dan bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz, kerana tidak dapat mengenal pasti individu terbabit dalam klip video yang tersebar pada Jun tahun lalu.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, selepas menyemak keterangan yang dikumpul dan dikemukakan polis, timbalan pendakwa raya sebulat suara mengesyorkan kepadanya tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung kes itu.

“Saya menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427