Tiada Messi, tiada masalah

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Presiden Bola Sepak Sepanyol, Javier Tebas percaya saingan La Liga tidak akan terkesan sekiranya Lionel Messi meninggalkan Barcelona.

Inter Milan dilaporkan berminat bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Argentina itu.

Messi, 32, ketika ini dilapor tidak sehaluan dengan Ahli Lembaga Pengarah Barcelona berhubung pemotongan gaji sebanyak 70 peratus bagi membantu kakitangan bukan pemain susulan pandemik COVID-19.

Malah, pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak enam kali itu turut bertelagah dengan Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal berhubung pemecatan jurulatih, Ernesto Valverde awal musim ini.

Dengan kontraknya bersama The Catalan berbaki setahun lagi, timbul spekulasi mengatakan dia akan mengangkat kaki meninggalkan kelab itu.

Messi dilabel sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak apabila merekodkan keseluruhan 627 gol dalam 718 perlawanan selain memenangi 10 gelaran La Liga dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Tebas yakin La Liga tetap mampu bertahan biarpun tanpa kelibat Messi.

Katanya, La Liga kini semakin kukuh selepas perpindahan mengejut Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid ke Juvetus dua tahun lalu.

“Saya tidak fikir kehadiran Messi akan menyelesaikan masalah dihadapi Serie A yang dibebani masalah kewangan. Masalah ini tidak boleh diselamatkan hanya dengan kehadiran Messi.

“Saya mahu Messi kekal di sini tetapi jika dia mahu berpindah, tidak perlu ada drama.

“Sebelum ini, ada yang mengatakan tanpa Ronaldo, La Liga akan mengalami kerugian tetapi sebaliknya kami meraih pendapat yang lebih banyak lagi termasuk di Portugal,” kata Tebas. –  Agensi

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427