Tiada arahan daripada PM untuk Sivakumar bercuti

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Tiada arahan daripada Perdana Menteri meminta Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil cuti.

Sivakumar semalam dipanggil ke SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkait kelulusan pekerja asing susulan siasatan terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Sivakumar juga bukan suspek kes, sebaliknya hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

“Yang pertamanya beliau (Sivakumar) bukan suspek kes ini, beliau beri kerjasama sebagai menteri. Kita masih pantau perkembangan terbabit buat masa ini.

“Setakat ini tidak ada arahan daripada Perdana Menteri untuk Sivakumar mengambil cuti buat masa ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sivakumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP hari ini menafikan laporan media kononnya kediaman beliau digeledah SPRM semalam. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427