PUTRAJAYA, 10 Oktober 2022 (The Capital Post) – Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari ini Isnin 10 Oktober 2022 bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15. Perdana Menteri juga berkata bahawa pembubaran parlimen ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan semalam.
Dengan pengumuman pembubaran Parlimen Penggal yang ke 14, Dato Seri Ismail Sabri akan terus memikul jawatan Perdana Menteri Interim sehingga kerajaan baharu dipilih.
Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan bersidang dalam masa terdekat untuk memuktamadkan tarikh – tarikh penting bagi melengkapkan proses Pilihan Raya Umum yang ke 15. Perutusan pembubaran parliamen ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada pukul 3 petang dari Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (The Capital Post)