Agong Masih Mempertimbangkan Gabungan Politik Baharu Tun M – Sumber

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 23 Feb 2020 (The Capital Post) – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih mempertimbangkan perkenan dengan pelan gabungan parti politik baharu dan senarai pentadbiran baharu yang diusulkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menurut sumber.

Dikatakan Permohonan Tun Mahathir melalui Tan Sri Muhiyiddin Yassin telah mempersembahkan cadangan penubuhan kerajaan baharu dengan kemasukan Parti UMNO, PAS, Warisan dan GPS manakala Parti DAP, PKR dan PAN digugurkan daripada Gabungan Pakatan Harapan. Menteri Ekonomi Malaysia yang juga YB Datuk Seri Azmin Ali, dijangka akan keluar parti PKR bersama Wakil Rakyat mereka dan akan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan Kerajaan baharu seterusnya kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Menurut sumber, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memohon pemimpin – pemimpin parti pembangkang yang menyokong Tun Dr Mahathir untuk hadir menyatakan sendiri kesediaan parti – parti tersebut untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir. Turut dilihat beberapa Pemimpin – pemimpin parti seperti Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg masuk kedalam perkarangan Istana Negara dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Memurut Sumber juga Tun Mahathir mempunyai lebih daripada 130 sokongan dari wakil rakyat dan ianya untuk menumbuhkan Kerajaan Campuran yang Baharu. Berita penuh akan menyusul- The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427