Terengganu teliti cadangan pemotongan gaji, elaun ADUN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan meneliti cadangan pemotongan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk dimanfaatkan kepada petugas barisan hadapan dalam menangani penularan koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu akan dilihat berdasarkan situasi semasa.

“Setakat ini, kita belum ada lagi sebarang keputusan mengenai perkara ini. Kita akan lihat dahulu cadangan berdasarkan kedudukan semasa,” katanya ketika ditemui media di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Terdahulu, ADUN Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyuarakan cadangan itu ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2021 pada persidangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Selasa.

Beliau menyarankan supaya pemotongan gaji dan elaun Menteri Besar sebanyak 20 peratus, Exco (15 peratus) dan ADUN (10 peratus) dibuat selama tiga bulan dan hasil kutipan itu dimasukkan ke dalam satu tabung bagi merealisasikan tujuan tersebut. -SINAR HARIAN

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427