Ten Hag catat rekod baharu di Old Trafford

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag sekali lagi memecahkan rekod yang tidak diingini apabila pasukannya tewas kepada Liverpool di laman sendiri.

The Reds menewaskan United 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford hasil dua gol Luis Diaz dan satu oleh Mohamed Salah.

Kekalahan itu menjadikan Ten Hag, 54, bos Red Devils pertama tewas tiga aksi Liga Perdana Inggeris di laman sendiri dengan dibolosi lebih daripada tiga gol dalam tempoh setahun.

Kemenangan Liverpool hadir selepas Manchester City turut menewaskan United 3-0 di Old Trafford pada Oktober 2023.

Ketika itu Erling Haaland meledak dua gol dan satu lagi menerusi Phil Foden.

Bournemouth turut mengejutkan anak buah Ten Hag dengan jumlah jaringan sama dua bulan kemudian.

Skuad kendalian Andoni Iraola membolosi gawang United menerusi Dominic Solanke, Philip Billing dan Marcos Senesi.

Ten Hag bagaimanapun masih mempertahankan kewibawaannya dan menafikan kekalahan itu disebabkan kegagalannya mencorak strategi terbaik untuk United.

Dia sebaliknya merujuk kepada rekod trofinya bersama kelab itu yang dianggap sebagai bukti jelas dia adalah pengendali tepat untuk Man United.

“Dalam tempoh dua tahun kami memenangi dua trofi. Kami membawa masuk pemain-pemain baharu, ada beberapa pemain lagi tidak dapat beraksi.

“Masih banyak perlawanan untuk diharungi dan saya tahu di mana kami akan berada di akhir musim nanti. Kami akan memburu trofi,” kata Ten Hag.
-AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427