Tarikh tutup tawaran ambil alih FGV dilanjutkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup penerimaan tawaran pengambilalihan oleh FELDA untuk memperoleh baki pegangan dalam FGV Holdings Bhd yang sepatutnya pada 16 Februari 2021 dilanjutkan lagi sehingga 2 Mac ini.

“Tawaran itu akan kekal terbuka untuk diterima sehingga pukul 5 petang pada tarikh tutup yang dilanjutkan, melainkan dilanjutkan lagi mengikut peraturan atau seperti yang diputuskan oleh FELDA, selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh tutup yang dilanjutkan,” kata Maybank Investment Bank Bhd dalam satu kenyataan bagi pihak FELDA.

Setakat 10 Februari lalu, jumlah saham yang dipegang Felda dan pihak yang bertindak bersama dengannya (PAC) dalam FGV berjumlah 2.62 bilion saham, bersamaan dengan pegangan 71.95 peratus dalam syarikat itu.

Menurut Maybank Investment Bank, FGV tidak memenuhi syarat pegangan saham awam minimum sebanyak 25 peratus kerana ia hanya menyumbang 23.93 peratus setakat 4 Februari lalu.

Ia juga berkata, FELDA tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Securities.

-BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427