Tak perlu imbas MySejahtera ketika isi minyak

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan tiada keperluan mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak, susulan laporan semalam menyatakan orang ramai boleh didenda jika tidak berbuat demikian.

Dalam maklum balas e-mel kepada pertanyaan umum yang dilihat FMT, CPRC berkata, seseorang itu perlu mengimbas kod QR ketika memasuki sebuah premis.

“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” menurut e-mel itu.

Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan perkara itu kepada FMT.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dipetik beberapa media sebagai berkata, individu masih perlu mengimbas aplikasi itu, walaupun mereka tidak memasuki kedai runcit di stesen minyak.

Ia selepas satu klip audio seorang lelaki mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana tidak mendaftar dengan aplikasi itu ketika mengisi petrol di stesen minyak. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427