Taiwan berminat beli sistem pertahanan udara NASAMS dari AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAIPEI: Taiwan sedang meninjau peluang untuk membeli Sistem Peluru Berpandu Permukaan Ke Udara Termaju Nasional (NASAMS) dari Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan udaranya.

Menurut menteri pertahanan pulau itu, keputusan dibuat selepas melihat sejauh mana keupayaan mereka berfungsi di Ukraine.

China, yang mendakwa Taiwan sebagai wilayahnya sendiri, meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik sejak tiga tahun lalu dalam usaha cuba memaksa pulau yang ditadbir secara demokrasi itu menerima pemerintahan Beijing.

Pegawai AS berkata NASAMS digunakan di Ukraine, dan mempunyai kadar kejayaan 100 peratus bagi memintas peluru berpandu Russia.

Sistem yang dibangunkan dan dibina oleh Raytheon Technologies dan Kongsberg Gruppen, Norway ialah sistem pertahanan udara jarak dekat hingga sederhana berasaskan darat yang melindungi daripada serangan dron, peluru berpandu dan pesawat.

Kanada dan Lithuania turut membeli, atau sedang dalam proses membeli sistem itu untuk Ukraine.

Ketika ditanya di luar Parlimen mengenai hasrat Taiwan membeli NASAMS, Menteri Pertahanan, Chiu Kuo-cheng berkata sudah tentu ada cadangan untuk mendapatkannya.

“Kerja ini mesti dilakukan mengikut tindakan musuh, kami melihat dari perang Russia-Ukraine bahawa senjata ini pasti mempunyai prestasi yang baik,” katanya

Bagaimanapun, menurut Kuo-cheng, Taiwan belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada AS sama ada akan menjual NASAMS kepada Taipei.

“Pada dasarnya, kami memerlukan kerja (pembelian senjata) ini dilakukan secepat mungkin,” jelasnya.

AS sumber utama senjata asing Taiwan, secara rasmi membuat pemberitahuan kepada pulau itu mengenai senjata yang sanggup dijual oleh Washington.

AS terikat oleh undang-undang untuk menyediakan Taiwan dengan senjata sebagai cara untuk mempertahankan diri, walaupun kekurangan hubungan diplomatik rasmi.

China bagaimanapun dilaporkan mengecam penjualan senjata sedemikian.

Tentera Taiwan memantau perang di Ukraine sebagai rujukan mengenai pertahan terhadap lawan yang lebih besar, contohnya dengan menggunakan dron.

– REUTERS

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427