Syed Saddiq hadapi tuduhan kedua salah guna wang kempen

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan berjumlah RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq, 29, antara 8 hingga 21 April 2018 secara curang menyalahgunakan wang sumbangan untuk PRU-14 berjumlah RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di Maybank Islamic Berhad, Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, dan sebat serta denda.

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan mohon dibicarakan. – BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427