Suri rumah rugi RM1.03 juta diperdaya Macau Scam

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah berusia 69 tahun rugi RM1.03 juta selepas terpedaya helah sindiket Macau Scam yang mendakwa dia terbabit dalam pengubahan wang haram.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan dirinya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada awal September lalu.

Katanya, panggilan yang dibuat kemudiannya disambung kepada ‘Mr Yong’ yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Mangsa berasa takut dan mengikut arahan suspek untuk membuka akaun bank atas nama mangsa dan memberikan nombor siri kad juruwang automatik (ATM) dan nombor pengenalan diri akaun kepada suspek.

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427