SuperKIP dibenar ke Eropah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Khairul Idham Pawi selamat berlepas ke bumi Sepanyol awal pagi tadi selepas terkandas empat hari susulan isu sekatan perjalanan oleh Kesatuan Eropah.

Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing itu sepatutnya berlepas pada awal pagi Jumaat lalu namun terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana peraturan baharu ditetapkan Kesatuan Eropah yang hanya membenarkan 15 negara memasuki wilayahnya.

Begitupun, isu itu sudah selesai dan kini Khairul Idham atau dikenali SuperKIP boleh menarik nafas lega bagi menghadapi perlumbaan keduanya musim ini di Grand Prix (GP) Sepanyol dari 17 hingga 19 Julai ini.

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk negara dan juga kepada semua rakyat Malaysia,” kata pelumba berusia 21 tahun itu yang kali terakhir menunggang jentera Moto3 di saingan pembukaan musim di GP Qatar, Mac lalu sebelum wabak COVID-19 mengganggu kelancaran kalendar 2020.

“Saya mengikuti SOP (Prosedur Operasi Standard) seperti dikeluarkan (kerajaan Malaysia) iaitu daripada segi penjarakan sosial, memakai penutup muka, sanitizer. Seperti saya yang keluar negara, jadi saya perlu pandai menjaga diri dengan betul dan mengikut SOP ditetapkan.”

Selain Khairul Idham, wakil Malaysia yang akan turut menyertai saingan GP Sepanyol ialah Hafizh Syahrin Abdullah dan Kasma Daniel Kasmayudin dalam saingan Moto2 dengan kedua-dua pelumba itu dijadual berlepas dalam sehari dua ini.

Untuk rekod, Khairul Idham menamatkan saingan GP Qatar di tempat ke-26 daripada 31 pelumba selepas memulakan perlumbaan dari petak terakhir, 8 Mac lalu.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Aspar Team Gaviota, Albert Arenas manakala rakan sepasukan Khairul Idham, John McPhee beraada di tempat kedua.

Melengkapkan pentas podium di Litar Antarabangsa Losail adalah pelumba Honda Team Asia, Ai Ogura.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427