Sungai Bidor melimpah, 50 penduduk sekitar Changkat Jong dipindahkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

TELUK INTAN: Seramai 50 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas empat kawasan sekitar Changkat Jong dinaiki air, malam tadi.

Ia berpunca daripada limpahan air Sungai Bidor akibat hujan lebat hingga tengah malam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, berkata kesemua mangsa terjejas dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, di sini, yang dibuka pada 7 malam.

“Kawasan terjejas membabitkan Lorong Kedah; Lorong Belakang Klinik; Batu 9 Simpang 3 dan Batu 10, masing-masing dekat Changkat Jong,” katanya hari ini.

Pecahan mangsa mengikut kategori merangkumi 12 kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan (9), lelaki dewasa (13) dan wanita (16).

Beliau berkata, APM akan terus membuat pemantauan secara berkala dan semua mangsa yang terkesan masih berada di PPS setakat 10 pagi tadi.

– BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427