Menjejakkan kaki ke Isla de las Munecas atau lebih dikenali dengan nama Pulau Anak Patung, pasti membuatkan pengunjung berasa seram sejuk apabila melihat ribuan anak patung digantung pada pokok, diikat dan dipaku pada dinding pondok buruk.
Seakan berlakunya satu sumpahan atau sihir apabila anak-anak patung ini terbiar begitu sahaja dengan dibasahi hujan dan terik cahaya matahari.
Terletak di selatan Mexico City, di antara terusan Xochimico, dahulunya Isla de las Munecas adalah sebuah pulau dikelilingi terusan yang dipenuhi pokok teratai yang berwarna-warni.
Keadaannya yang menyeramkan, menyaksikannya satu kawasan yang tidak mahu dikunjungi orang ramai, tetapi kini selepas kematian pemiliknya, Don Julian Santana Barrera mula menjadi salah satu kemestian lokasi untuk dilawati.
Menurut lagenda tempatan, Don Julian menemui seorang gadis kecil tenggelam dalam keadaan misteri di celah-celah pokok teratai dan dia amat kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan nyawanya.
Tidak lama selepas itu, beliau menemui anak patung terapung berhampiran terusan yang pada pendapatnya berkemungkinan milik gadis itu.
Berikutan itu, Don Julián mula mengalami situasi yang tidak keruan dan ketakutan. Bagi mengurangkan perasaan berkenaan, beliau menggantung anak patung yang ditemui di dalam tong sampah atau di terusan Cuemanco pada pokok-pokok di sekeliling pondoknya.
Harapan beliau dengan idea itu mampu menakutkan jiwa wanita muda itu yang akan menangis ‘Saya mahu anak patung saya’.
Don Julian juga menemui sebuah anak patung yang terapung di sekelilingnya dan dengan anggapan bahawa ia adalah milik anak perempuan yang mati, menggantungnya dari pokok sebagai tanda penghormatan.
Dia menghabiskan masa 50 tahun dengan menggantung, mengikat dan memaku kira-kira 1,500 anak patung termasuk ada beberapa bahagian tubuh yang sudah hilang dipercayai dapat menenangkan semangat gadis yang lemas berkenaan.
Tangan mereka yang terputus, kepala yang dipenggal, dan mata kosong menghiasi pokok. Selepas 50 tahun mengumpul anak patung dan menggantungnya di pulau itu, Julian ditemui mati lemas di tempat yang sama di mana dia menemui gadis malang itu.
Ramai orang di pulau itu percaya bahawa Julian menyertai roh lain di pulau itu.
Tempat itu menjadi popular selepas produser filem Mexico, Emilio Fernández menjadikannya lokasi filem María Candelaria yang dibintangi Dolores del Río dan Pedro Armendáriz.
Sejak itu, banyak artikel mengenai Pulau Anak Patung disiarkan di akhbar dan media.
Pulau ini dipaparkan di Adventures Travel show Ghost Adventures dan Amazon Prime show Lore.
Jurugambar profesional Cindy Vasko yang melawat pulau itu pada 2015, menyifatkannya sebagai ‘tempat yang paling dahsyat yang pernah dikunjungi’.
Begitu juga, penduduk setempat menggambarkannya sebagai ‘terpesona dan berhantu’, seakan-akan boneka yang tergantung berbisik dengan pengunjung.
Ditambah pula, apabila kita melihat anak-anak patung berkenaan seolah-olah matanya memandang tepat ke arah pengunjung. Ada mengatakan anak patung menggerakkan kepala dan lengan mereka, bahkan membuka mata mereka.
Sesetengah saksi mendakwa mereka seperti mendengar anak-anak patung berbisik antara satu sama lain, manakala mereka yang berada di dalam bot memberitahu anak patung itu menarik mereka untuk turun ke pulau berkenaan.
Penduduk tempatan sangat setia bahawa Isla de las Munecas adalah tempat terpesona. Selepas kematian Don Julian pada 2001, ia menjadi tarikan pelancong, sebagai tanda sokongan pengunjung membawa banyak anak patung untuk digantung di situ.
Pulau ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot. -Bharian
MOHON BANTU RAKYAT MSIA
Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu beramai-ramai tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kelantan. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com