Sumareh kini milik JDT

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Teka teki tentang masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya terjawab apabila dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

Menerusi video pengenalan Sumareh sebagai pemain baru di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), pemain sayap yang lebih dikenali dengan Keli Boy itu kelihatan cukup segak apabila menaiki kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim.

Malah, dalam video itu juga, Sumerah meminta pemandu kereta itu untuk membawanya ke kelab terbaik di Malaysia.

“Tolong bawa saya ke kelab terbaik Malaysia,” kata pemain kelahiran Gambia itu.

Sebelum ini, perkhabaran perpindahan Sumareh ke JDT bertiup kencang terutamanya di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Untuk rekod, Sumareh sebelum ini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Dia kemudian mengesahkan kembali ke Malaysia sambil menyifatkan pengalaman bersama Police Tero di Liga Thailand memberi banyak faedah buat kariernya.

Lantas sejurus pulang ke tanah air, namanya terus dikaitkan dengan JDT. Malah kenyataan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia meminta restu daripada Pahang untuk mengikat Sumareh nyata menguatkan lagi spekulasi ke selatan Semenanjung.

-Metro

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427