Sultan Selangor lancar skuad ‘Vaccine On The Go’

Estimate Reading Time: < 1 minute

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan menyempurnakan pelancaran Skuad Vaccine On The Go untuk pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di perkarangan Istana Bukit Kayangan, di sini, Selasa lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, skuad itu membabitkan 10 buah kenderaan, iaitu lima dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, (JKNS), buah dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat serta sebuah kenderaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Skuad itu akan ke 265 institusi pusat jagaan di bawah kerajaan yang dikenal pasti seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pusat jagaan swasta berlesen dan tidak berlesen untuk program vaksinasi.

“Sebaik selesai vaksinasi di institusi berkenaan, skuad ini akan menjelajah ke kawasan luar bandar dan pedalaman untuk memberi vaksin kepada penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penubuhan itu adalah inisiatif JKNS untuk melebarluaskan pemberian vaksin kepada rakyat negeri ini terutamanya kepada golongan warga emas dan OKU.

“Ini memandangkan warga emas dan OKU adalah antara golongan berisiko tinggi mengalami komplikasi jangkitan Covid-19 yang teruk berbanding kumpulan lain,” katanya.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427