SPRM dakwa 47 pengarah syarikat buat tuntutan palsu hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seramai 47 pengarah syarikat yang ditangkap dalam Op Hire 2.0 berkaitan program insentif pengambilan pekerja dan program latihan (PENJANA), di seluruh negara, hari ini.

Kesemua ditahan berusia antara 30 hingga 70 tahun juga pengarah syarikat yang mengemukakan tuntutan, kononnya mengendalikan program pengambilan dan latihan pekerja kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagaimanapun, program itu tidak dilaksanakan namun tuntutan dilakukan kepada kerajaan.

BH difahamkan, jumlah tuntutan yang terbabit setakat ini adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata tangkapan dan kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Berita lanjut menyusul – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427