SPM 2020 berjalan lancar di seluruh negara, SOP ketat dipatuhi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pastinya diingati dalam lembaran sejarah negara apabila menjadi dalam kalangan 401,105 insan ‘istimewa’ yang menduduki peperiksaan berkenaan dalam norma baharu ketika negara masih ‘berperang’ dengan COVID-19.

Dilaksana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, calon memulakan hari pertama peperiksaan dengan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 pada pukul 8 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2 petang ini dengan seramai 48,014 pengawas peperiksaan yang akan memastikan pematuhan sepenuhnya SOP.

Calon SPM serta pelajar yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menduduki peperiksaan tersebut di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara yang telah dinyahkuman, selain kesemua mereka perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan lengkap sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Calon SPM pada hari ini juga merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype gara-gara penularan pandemik COVID-19.

Tinjauan Bernama di sekolah-sekolah di seluruh negara mendapati seawal 6.30 pagi, kumpulan pertama pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dalam pembudayaan norma baharu itu mula tiba di pekarangan sekolah dengan menjalani pemeriksaan suhu badan selain memakai pelitup muka sepanjang tempoh menduduki peperiksaan. -BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427