Spesies pelanduk paling kecil di dunia ditemui di Vietnam selepas 30 tahun

Estimate Reading Time: < 1 minute

HANOI- Buat pertama kali dalam tempoh hampir tiga dekad, “chevrotain” sejenis haiwan daripada spesies pelanduk yang semakin pupus ditemui di hutan di Vietnam.

Spesies “Tragulus Versicolor” itu kali terakhir direkodkan pada 1990 apabila penyelidik Vietnam dan Rusia memperoleh spesimen yang dibunuh oleh pemburu, lapor agensi berita Vietnam (VNA), menurut kajian dikeluarkan pada Isnin.

Baru-baru ini, berdasarkan maklumat penduduk tempatan, saintis telah memasang kamera selama lima bulan di kawasan hutan berhampiran pusat bandar Nha Trang dan berjaya merakam 275 gambar haiwan berkenaan.

Kemudian sebanyak 29 lagi kamera di pasang di kawasan sama, merekodkan sebanyak 1,881 gambar chevrotain, selama lima bulan.

Chevrotain adalah antara 25 spesies yang paling dikehendaki oleh agensi Pemuliharaan Hidupan Liar Global (GWC).

Haiwan itu kebiasaannya mempunyai berat kurang daripada 5 kilogram dan ia mula ditemui pada 1910 di Nha Trang.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427