SOP di Bazar Ramadan dipantau

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh akan memastikan 19 lokasi tapak bazar Ramadan yang akan beroperasi di bandar raya ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata seperti tahun lalu, SOP ditetapkan dengan kawalan penjarakan fizikal di pintu masuk, kawalan ‘laluan tikus’ dan laluan sehala keluar-masuk.

Selain itu, katanya, penguatkuasaan terhadap pengunjung yang lengkap dua dos vaksin serta memakai pelitup muka bagi pelanggan di bazar Ramadan.

“Bagi peniaga pula, penjarakan tiga meter satu khemah dengan khemah lain, lengkap vaksin, syarat kesihatan MBI,” katanya di sini hari ini.

Rumaizi berkata, pertambahan lokasi tapak akan dimaklumkan kemudian.

Katanya, terdapat 19 tapak bazar Ramadan MBI merangkumi 945 petak.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427