Soalan Kontroversi : KPM “Cuci Tangan”, UNIMAP akan siasat

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2019 (The Capital Post) – Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini berkata jabatan tersebut mengambil maklum akan kontroversi soalan peperiksaan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan jabatan tersebut tidak akan campur tangan dalam urusan perlaksanaan program akademik mana – mana Universiti.

“Pihak JPT memegang kepada konsep autonomi dan kebertanggungjawaban (autonomy with accountability). Melalui konsep ini, pihak universiti adalah bertanggungjawab kepada semua pihak berkepentingan termasuk pelajar dan orang awam” melalui satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut.

Dalam kenyataan media lain yang dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berkata universiti tersebut sedang menjalankan siasatan berhubung isu kertas soalan tersebut. UNIMAP juga berkata akan mengkaji semula tatacara semakan (vetting) soalan peperiksaan bagi kursus tersebut bagi memastikan pensyarah lebih peka kepada isu sensetif. UNIMAP berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebaik kesemua maklumat dikumpulkan. – The Capital Post

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2019 yang berkata JPT dan KPM tidak akan campur tangan dalam isu UNIMAP.
Kenyataan Media Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 30 Disember 2019 yang berkata Universiti tersebut akan menyiasat soalan kontroversi tersebut.

 

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427