Skandal 1MDB: Dua eksekutif PetroSaudi dihukum penjara

Estimate Reading Time: < 1 minute

Dana 1MDB pada asalnya bertujuan untuk mempromosikan pembangunan ekonomi Malaysia, tetapi kira-kira 10 tahun lalu, penipuan bernilai berbilion dolar dalam dana kekayaan negara itu telah didedahkan.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menganggarkan bahawa sebanyak US$4.5 bilion telah dicuri daripada dana itu.

Pada Jun lalu, jabatan itu berkata, setakat ini mereka sudah merampas US$1.4 bilion daripada akaun yang terbabit dan mengembalikan dana terbabit kepada Malaysia.

Menurut laporan dpa, Pejabat Peguam Negara Switzerland mendakwa bahawa tertuduh di Switzerland didakwa menyertai usaha sama dengan 1MDB atas alasan palsu dan dengan pembabitan seorang pelabur Malaysia, didakwa menyumbangkan aset yang sebenarnya tidak dimiliki mereka.

Berpuluh juta dolar dari dana kekayaan negara itu akhirnya berakhir di tangan tertuduh “tanpa memenuhi tujuan usaha sama berkenaan,” menurut kenyataan dari Mahkamah Jenayah Persekutuan.

Dalam pendakwaan pada April tahun lalu, pendakwa raya persekutuan berkata bahawa kedua-duanya dituduh “menyeleweng dan mengubah wang sekurang-kurangnya US$1.8 bilion.”

– BERNAMA
-dpa
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427