Sistem ‘fleet card’ untuk diesel subsidi sektor pengangkutan darat

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperluaskan pemberian diesel bersubsidi kepada sektor pengangkutan darat (barangan) melalui mekanisme ‘fleet card’ Sistem

Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu akan memastikan sektor logistik yang menguruskan edaran barangan menerima diesel bersubsidi, sebagai sebahagian dari usaha kerajaan mengekang inflasi.

“Tumpuan kerajaan yang seterusnya ialah untuk menambah baik sistem subsidi diesel yang menyaksikan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion bagi tahun 2022.

“Semakan menunjukkan penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter dalam tahun 2019 (pra-COVID) kepada 8.4 bilion liter dalam tahun 2022 (pasca-COVID), sedangkan jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus (dari 2.08 juta dalam tahun 2019 ke 2.13 juta dalam tahun 2022).

“Peningkatan mendadak penggunaan diesel berbanding jumlah kenderaan diesel membayangkan ketirisan melalui penyeludupan yang perlu ditangani segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373