SIRIM jalin kerjasama dengan CRADLE, bantu syarikat pemula

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA: SIRIM Berhad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Cradle Fund Sdn Bhd (CRADLE) bagi membantu komuniti syarikat pemula untuk menerima akses kepada teknologi, latihan dan perundingan terutama dalam perkhidmatan berkaitan kualiti.

Perjanjian berkenaan dimeterai pada majlis diadakan secara maya dengan SIRIM diwakili Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, manakala CRADLE pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rafiza Ghazali.

Ahmad Sabirin berkata, melalui kerjasama berkenaan, perkhidmatan ditawarkan kepada syarikat pemula membabitkan penilaian teknologi, kajian kebolehlaksanaan tekno-ekonomi, kajian pasaran dan rantaian perniagaan.

Katanya, selain itu, komuniti syarikat pemula turut ditawarkan akses latihan peningkatan kecekapan dan perundingan dalam bidang kualiti, pengujian, pemeriksaan dan pensijilan bagi pematuhan pasaran.

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427