SIDANG MEDIA KHAS TUN M : Kerajaan Berhasrat untuk membawa pulang 78 Warganegara Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 29 Jan 2020 (The Capital Post) – Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia hari ini mengadakan satu sidang media khas menyatakan hasrat kerajaan Malaysia untuk membawa pulang 78 orang warganegara Malaysia yang kini terkandas di Daerah Wuhan yang  telah dikuarantin sepenuhnya akibat daripada penyebaran Virus Corona.

Perdana Menteri berkata bahawa Menteri Luar Negeri. Datuk Saifuddin Abdullah kerap berhubung dengan kerajaan China untuk mendapat berita terkini sudah menyatakan hasrat Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang ke Malaysia setelah mendapat kelulusan negara tersebut.

Kerajaan Malaysia akan menghantar pesawat khas untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia dan akan dikuarantin di Malaysia untuk peperiksaan kesihatan sebelum disatukan dengan keluarga mereka. Setakat ini Kerajaan Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Kerajaan China.- The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427