Sidang DUN Negeri Sembilan, Ogos depan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Negeri Sembilan dijadual mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersemuka, pada minggu pertama Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata perkara itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, semalam.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini sudah mencadangkan perasmian sidang DUN diadakan pada minggu pertama Ogos ini.

“Unit DUN telah diminta membuat semua urusan dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka lakukan untuk menghantar notis dan warta bagi memastikan sidang DUN dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

“Saya telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semalam dan baginda juga telah memberi perkenan. Kita akan mengadakan persidangan secara bersemuka,” katanya kepada pemberita secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di sini, hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, Aminuddin berkata, kerajaan negeri bersedia mengadakan persidangan DUN dengan seberapa segera, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertuan Agong.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427