Selangor ikat penyerang Ghana

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penyerang pasukan kebangsaan Ghana, Richmond Boakye-Yiadom secara rasmi diumumkan sebagai pemain import terbaru Selangor sekali gus melengkapkan sembilan kuota pemain import yang ditetapkan bagi musim 2023.

Karier profesional pemain yang beraksi dengan kelab Libya, Al-Akhdar SC ini bermula sejak beliau berusia 16 tahun bersama pasukan Genoa di saingan Serie A Itali musim 2009/2010.

Dia kemudiannya menjadi antara pemain yang membantu Sassuolo FC menjuarai Serie B pada musim 2012/13 dan membawa pasukan itu beraksi di Serie A buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu.

Pemain itu turut berjaya menghasilkan 11 gol dalam 32 perlawanan bersama pasukan terbabit.

Lebih menarik, pemain berusia 30 tahun itu berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Elche FC ketika menentang Real Madrid bagi aksi La Liga pada musim 2013/14 dan muncul sebagai antara pemain Ghana yang menjadi sebutan ramai ketika itu.

Kariernya terus meningkat selepas bersama Red Star Belgrade di Serbia di mana pasukannya menjadi juara Super Liga untuk dua musim berturut-turut iaitu pada 2018/19 dan 2019/20.

Aksi cemerlangnya bersama Red Star Belgrade menyaksikan dia meledak 43 gol selain melakar 11 bantuan gol dalam 63 perlawanan bersama pasukan terbabit.

Selain itu, dia turut membantu Red Star Belgrade mara ke pusingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2018/19 buat pertama kali selepas 27 tahun menyertai kejohanan itu.

Bagi kariernya bersama skuad kebangsaan, dia membarisi skuad Bawah 20 tahun (B-20) Ghana dan pasukan senior sehingga musim 2022.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427