Sebutan semula kes rasuah RM232.5 juta Muhyiddin hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadiri prosiding sebutan kes pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti BERSATU dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

– Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427