Satu ‘hantaran’ Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama mencapai 401 juta pengikut di Instagram – menjadikan dia paling diikuti di platfom berkenaan.

Bintang Manchester United itu menjadi pemilik akaun Instagram paling ramai diikuti hanya sehari selepas hari lahirnya yang ke-37, mengatasi Kylie Jenner dengan 309 juta pengikut.

Pakar perjudian, OLBG mendedahkan berapa banyak boleh diterima bintang Portugal itu daripada satu hantaran di media sosial berkenaan.

Pada September 2021, Ronaldo memiliki 237 juta pengikut yang memberikan pulangan kira-kira £1,019,100 (RM5.78 juta) untuk satu hantaran.

Dengan pengikut terkini seramai 400 juta, pendapatan Ronaldo meningkat kepada £1,720,000 (RM9.76 juta) – tiga kali ganda daripada gaji mingguan £480,0000 (RM2.72 juta) diterima di Manchester United.

Pengikut bekas Galacticos itu meningkat kepada 163 juta dalam hanya lima bulan dengan kira-kira 10 juta ‘likes’ untuk satu hantaran.

Hantaran terbaharunya di Instagram termasuk gambar bersama keluarga, foto latihan dan gambar ketika dia menaiki penerbangan.

– AGENSI -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427