Sabah benarkan e-hailing beroperasi tanpa surat kebenaran polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kota Kinabalu: Sabah hari ini membenarkan perkhidmatan e-hailing, teksi yang berdaftar dengan e-hailing dan perkhidmatan penghantaran barangan beroperasi merentas daerah tanpa surat kebenaran polis, bermula esok.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun bagaimanapun berkata, kelonggaran itu hanya membabitkan rentas daerah di antara Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang.

Katanya, kebenaran itu diberikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi memenuhi keperluan masyarakat.

“Masa operasi yang dibenarkan bermula 6 pagi hingga 8 malam setiap hari dengan had kapasiti seorang penumpang sahaja kecuali untuk tujuan perubatan atau kecemasan dengan had maksimum dua orang penumpang,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Pengendali perkhidmatan terbabit sebelum ini tertakluk kepada SOP ketat PKP yang tidak membenarkan rentas daerah, termasuk di antara Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu yang sebelum ini dikategorikan sebagai satu daerah bagi memudahkan pergerakan.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427