Rumah dijadikan stor simpan arak seludup

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan arak dikesan menjadikan sebuah rumah di Taman Oversea Union, Cheras di sini, sebagai tempat penyimpanan.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya menyerbu rumah berkenaan pada 12.30 tengah hari semalam dan menahan dua lelaki tempatan berusia 47 dan 69 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemui 906 kotak minuman keras jenis bir dan liquor pelbagai jenama membabitkan 20,194 tin serta botol.

“Kesemua rampasan minuman keras itu dianggarkan bernilai RM750,939.90,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad berkata, siasatan awal mendapati bekalan arak tidak bercukai itu dipercayai untuk diedarkan sekitar Lembah Klang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Beliau turut menyeru masyarakat agar memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang kepada polis.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427