Ronaldo bantu pemain separuh profesional

Estimate Reading Time: < 1 minute

MILAN: Cristiano Ronaldo mendermakan wang buat pemain liga bawahan di negara asalnya, Portugal ketika pandemik COVID-19.

Bintang Juventus itu mengetuai inisiatif yang menyaksikan pemain Portugal menyerahkan sebahagian daripada bonus layak ke Euro 2020 kepada mereka yang memerlukan.

Namun bintang Inter, Joao Mario, yang dipinjamkan ke Lokomotiv Moscow, mendedahkan betapa jauh Ronaldo melakukannya termasuk kepada pekerja kesihatan dan pemain separuh profesional supaya terus bertahan.

Katanya: “Ia situasi yang buruk buat sesiapa sahaja, tapi dalam keadaan ini, ia lebih teruk.

“Mereka amat memerlukan bantuan kami, jadi saya cuba memberikan sokongan saya.

“Cristiano menerangkan inisiatif buat kami membantu terutama kepada pemain yang bergelut, yang tiada kontrak profesional.

“Dia sentiasa cuba memberikan contoh baik, bukan hanya bersama kami tetapi dirinya sendiri.

“Kami boleh lihat betapa banyak dilakukannya dalam situasi ini buat Portugal. Jadi bagi kami rakan sepasukannya, adalah sesuatu yang hebat cuba melihat apa yang cuba dilakukannya.”

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427