RMK-12: Sektor pembuatan mampu beri sumbangan bermakna

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan dijangka menyumbangkan secara signifikan dalam membantu mencapai strategi produktiviti, pelaburan, memperkasakan rantaian nilai dan memperkukuhkan eksport negara.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata pemangkin utama pertumbuhan negara menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dicapai menerusi hubungan meluas antara rantaian nilai sektor huluan dan hiliran.

“Kami memohon kerajaan untuk meneruskan sokongan kepada sektor pembuatan dengan memastikan operasi dan pelaburan kekal mesra perniagaan menerusi langkah mengurangkan beban peraturan tidak perlu serta kos.

“Kerajaan juga perlu menyediakan persekitaran persaingan yang adil dan terbuka lebih meluas, selain menitikberatkan akses kepada peluang pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Thian Lai berkata, keutamaan ketika ini adalah menyokong dan menggalakkan langkah pengembangan sektor perkhidmatan pembuatan dan perkilangan, terutama pada masa kritikal ketika ini.

Katanya, langkah itu membolehkan sektor berkaitan meraih pulangan lebih tinggi dalam memulihkan semula ekonomi, meningkatkan kelestarian perniagaan, memastikan keselamatan pekerjaan dan memacu pertumbuhan jangka sederhana serta panjang.

“FMM berharap dapat berkomunikasi secara teratur bersama kerajaan dalam program dan inisiatif yang relevan di bawah kerangka strategik utama, menjadi pembolehubah dan pencetus perubahan,” katanya.

Beliau menjelaskan, FMM dan peserta industri mengharapkan sasaran dan aspirasi menerusi RMK-12 dapat dilaksanakan dengan baik dan dicapai.

“Pelaksanaan dan pencapaian dalam RMK-12 dapat diterjemahkan menerusi kerjasama dan rundingan erat antara kerajaan dan sektor perniagaan khususnya pembuatan,” katanya. -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427