Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS pagi ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum dan Rizab Persekutuan AS dilihat teragak-agak untuk mengikuti trend itu.

Dalam keadaan itu, Indeks Dolar AS meningkat 0.2 peratus kepada 103.47 mata.

Pada pukul 8.01 pagi, ringgit naik kepada 4.2940/3100 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka menurunkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas berikutan inflasi susut di bawah sasaran dua peratus dan sentimen perniagaan dalam sektor pembuatan yang lemah.

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427