Ringgit diunjur semakin mengukuh berbanding dolar Singapura

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit yang meningkat dengan ketara berbanding dolar Singapura dalam beberapa bulan lalu, diunjurkan terus stabil menjelang akhir tahun ini pada julat antara RM3.43 hingga RM3.45, demikian menurut seorang pakar ekonomi terkemuka.

Faktor yang meningkatkan permintaan terhadap ringgit termasuk pelaburan langsung asing yang mengalir ke Malaysia, khususnya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid

“Terdapat daya tarikan positif terhadap ekonomi Malaysia terutamanya dalam pelaburan langsung asing.

“Pelbagai syarikat terkenal memasuki Malaysia dan JS-SEZ menimbulkan minat terhadap aset Malaysia,” katanya kepada Bernama bagi mengulas pengukuhan ringgit berbanding dolar Singapura.

Pada 20 Februari 2024, ringgit melonjak kepada RM3.5682 berbanding dolar Singapura, pada masa ini, dua mata wang itu turun naik sekitar RM3.4868, mencerminkan kenaikan 2.3 peratus.

Mohd Afzanizam berkata, usaha sinergi antara kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, memupuk persekitaran kondusif kepada penukaran mata wang asing yang lebih besar kepada ringgit.

Bagaimanapun, beliau berkata kemampanan lonjakan mata wang tempatan mungkin bergantung kepada faktor luaran terutamanya keputusan Rizab Persekutuan AS berhubung kadar faedah.

Laporan Gaji Bukan Ladang baru-baru ini, petunjuk utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) telah mendorong penilaian semula jangkaan mengenai pengurangan kadar faedah.

“Pendirian berhati-hati Rizab Persekutuan (Fed) AS, didorong oleh pasaran buruh kukuh, mungkin menangguhkan sebarang potensi pelonggaran dasar monetari, justeru memberi kesan kepada mata wang global,” katanya.

-BERNAMA

-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373