Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the better-studio domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar » The Capital Post

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan petunjuk yang bercampur-campur dari pasaran ekuiti AS sehingga menyebabkan pergerakan tidak menentu dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1860/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1905 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pergerakan tidak menentu itu berlaku berikutan risiko geopolitik yang semakin meningkat di Eropah Timur, selain pelabur menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang diadakan hari ini dan esok.

“Hasil nota Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun turut meningkat sebanyak 1.77 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.26 peratus kepada 95.889 mata,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata pasaran tidak dapat mencatatkan hala tuju prestasi yang jelas ekoran pertembungan pelbagai faktor yang mempengaruhi sentimen.

Beliau berkata oleh itu, mata wang domestik dijangka bergerak dalam lingkungan 4.18 hingga 4.19 berbanding dolar AS.

Secara keseluruhan, unit tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1153/1177 daripada 3.1146/1175 ketika ditutup semalam namun tinggi berbanding euro kepada 4.7381/7415 daripada 4.7422/7462.

Unit domestik juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6415/6455 daripada 5.6629/6677 dan stabil berbanding yen kepada 3.6723/6749 daripada 3.6854/6888.

– Bernama -BH

TAG: ringgit, Rizab Persekutuan, AS, FOMC, Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464